07 September, 2021

Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya


[Surah 23: Al-Mukminun, Ayat 1-2] 

    Solat itu tiang agama. Solat 5 waktu rukun Islam kedua. Solat menjadikan kita orang yang berjaya. Sedarkah jika ada kekurangan dalam kita melaksanakannya?

    Khusyuk merupakan satu perkara yang penting dalam ibadah solat. Seolah-olah apabila kita berkomunikasi dengan seseorang, pastinya kita perlu memberikan perhatian terutamanya untuk menujukkan rasa hormat.

    Bayangkan apabila sedang dalam sebuah interview untuk mendapatkan kerja, mestilah kita perlu berikan perhatian kepada interviewer. Mungkin boleh juga kita andaikan bahawa solat itu interview untuk masuk syurga?

    Dan orang yang khusyuk itulah antara yang berjaya.

    Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menunjukkan satu petanda menarik sama ada kita khusyuk atau tidak dalam solat. Ya, memang kita selalu belajar dalam sekolah agama atau Pendidikan Agama Islam di sekolah tentang khusyuk dalam solat. Tetapi petanda ini rasanya antara yang mudah untuk kita tatapi. 

Firman Allah,

    "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."

[Surah 2: Al-Baqarah, Ayat 45-46]

    Daripada ayat suci ini, Allah menerangkan kepada kita bahawa solat itu sangat berat kecuali kepada mereka yang khusyuk.

    Petanda bukan? Cuba kita perhatikan diri kita. Apabila masuknya waktu, apa kita rasa?

"Wah dah azan, solat..solat...!" 

atau

"Adoi, dah azan..kena la solat.."

    Beza kan? Marilah muhasabah diri, renungkan hati..adakah kita merasa berat untuk menunaikan amanahNya ini? Khusyukkah kita dalam solat?

    Jika ya, alhamdulillah..teruskan. Jika tidak, marilah kita perbaiki amalan.

    Marilah menuju kejayaan!

02 September, 2021

"Yakin Dengan Rezeki Daripada Allah SWT"

    



    Fikiran manusia cukup mudah untuk tenggelam dalam perkara-perkara negatif apabila kesusahan menimpa, contohnya dalam hal berkaitan rezeki.

    Rasa tidak ada lagi ruang untuk mencari wang lebih, peluang tidak akan datang lagi, tidak mahu berbuat apa-apa dan 1001 rasa lagi. 

    “Senang la, kau tak ada dekat tempat aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa.”

    Mungkin kita tidak dapat benar-benar memahami apa yang sedang dilalui dan dirasai oleh jiwa masing-masing.

    Namun sebagai seorang Islam, kita meyakini bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah, dalam masa sama bergantung juga asbabnya kepada dua perkara. Pertama adalah usaha. Kedua adalah sangka baik. 

    Mengapa ia bergantung kepada kedua-dua perkara ini?

    Kerana kita telah diberikan kudrat dan tenaga oleh Allah untuk berbuat sesuatu. Allah tidak akan mensia-siakan sesiapa yang berusaha. Pasti akan diberi jua balasan sesuai dengan apa yang dikerjakan.

    Namun, usaha sahaja tidak cukup. Dalam berusaha, kita juga perlu mendidik hati untuk bersangka baik. Bukankah Allah sudah berkata bahawa Dia mengikut sangkaan hamba-hambaNya. Jika kita menyangka bahawa rezeki susah untuk sampai kepada kita, maka susahlah ia untuk sampai. Jika berfikir rezeki mudah sampai kepada kita, maka sudah tentu Allah akan melorongkan kemudahan untuk rezeki sampai kepada kita. 

    Jika kita melihat orang yang berjaya dalam hidup serta mendapat nikmat harta yang banyak, tidakkah terdetik di hati kita, mungkin mereka dikurniakan rezeki sebegitu kerana selalu bersangka baik kepada Allah. 

    Mereka yakin jika mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam hidup, Allah akan memberikan rezeki yang mereka mahukan.

    Mereka bukan tidak diuji dengan kesusahan, namun mereka yakin bahawa kesusahan itu boleh diatasi jika benar-benar berusaha.

    “…Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan…” (Surah Al-Baqarah 2:245)

    Ditambah lagi dengan tawakkal yang dipasakkan dalam hati, maka tidak ada lagi perkara yang membuatkan hati mereka resah. Perhatikan apa yang Allah sebutkan dalam surah At-Talaq, ayat 3 di bawah;

    “…Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…”(Surah At-Talaq 65:3)

    Perihal rezeki ini kadang-kadang misteri. Ada yang perlu berusaha keras barulah memperolehi apa yang diingini. Ada mereka yang kelihatan sedikit berusaha namun mendapat rezeki dengan mudah. 

    Anggaplah itu adalah rahmat daripada Allah mungkin kerana kebaikan-kebaikan lain yang tidak kita ketahui. Tidak perlu rasa iri hati atau dengki. Kita hanya perlu fokuskan kepada usaha dan baik sangka kita sahaja. Allah jua lah yang menyediakan rezeki cukup buat manusia kesemuanya.

01 September, 2021

    


Kadangkala terlintas di fikiran, kenapalah diri kita kerap kali ditimpa ujian. Habis satu perkara, datang pula ujian lain. Sebenarnya, setiap ujian itu mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat. 

Ujian adalah jalan bagi memudahkan kita masuk ke syurga Allah kelak. Itulah mentaliti yang perlu ditanam dalam diri setiap orang beriman.

Jangan bersangka buruk terhadap ujian kerana jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat mampu memperoleh pahala atas sifat sabar, syukur dan reda?

Dalam kalangan Rasul Ulul Azmi, ujian yang ditimpakan ke atas mereka bagi mengangkat darjat kerana kegigihan, kesabaran dan keberanian mereka menanggung pelbagai ujian yang berat. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?”

(Surah al-Baqarah, ayat 214)

Bagi orang beriman, setiap ujian itu mempunyai maksud yang baik di sebaliknya. Buat orang yang melakukan dosa, ujian yang mereka hadapi itu sebenarnya adalah sebahagian cara pengampunan dosanya.

Baca : Allah Turunkan Ujian Dalam Pelbagai Bentuk Dan Waktu Yang Berbeza

Bagi orang beriman, ujian yang hadir dalam hidupnya itu untuk meningkatkan lagi darjatnya di sisi Allah SWT.

Jika kita sentiasa bersabar dan reda ketika diberikan ujian, itulah cara Allah SWT hendak memudahkan kita ke syurga. Jangan sesekali kita mengeluh atau mengungkit, bahkan perlu menyebut ucapan innalillahiwainnailaihirojiun yang bermaksud: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Justeru, kita perlu yakin ada perkara yang Allah SWT hendak sediakan buat diri kita.

Antara hikmah di sebalik ujian itu juga menjadikan seorang hamba itu semakin dekat dan sentiasa mengadu kepada Allah SWT mengenai apa yang ditanggungnya supaya ia didengari.

Sebelum ini, mungkin seseorang itu jarang atau langsung tidak pernah bangun solat tahajud, namun selepas diuji, ibadatnya semakin hebat dan itulah tanda Allah sayang kepada hamba-Nya

Sentiasa perbaiki diri dan mempertingkatkan amalan yang diperintakan oleh-Nya. InshaAllah kita semua berjaya di dunia dan akhirat kelak.

26 Ogos, 2021

GULA MERAH SEKILO!




Alkisah, seorang lelaki miskin menjual gula merah yang dibuat isterinya ke bandar. 


Dia selalu menjual gula merah itu ke salah satu kedai tempat dia membeli barang barang kerperluan harian mereka. Suatu ketika pemilik kedai itu curiga dengan berat gula merah itu dan dia pun menimbangnya. 


Teryata beratnya tidak sampai 1 Kg, hanya 900 Gram...... kerana terlalu marah tangannya gementar dan dadanya terasa seperti mahu meledak...... 


Dasaarr Penipu !” teriaknya dalam hati...


Kebetulan petang hari itu lelaki miskin datang lagi ke kedai itu dengan membawa gula merahnya. 


Kamu telah menipu saya! Kamu beritahu gula merah ini 1 Kg ternyata hanya 900 Gram saja !” teriak pemilik kedai itu dengan marah.....


Lelaki miskin itu menundukkan kepalanya dan berkata: “kami membeli beras di kedai tuan seberat 1 kg dan itulah yang kami jadikan timbangan untuk menimbang gula merah”. 


Pemilik kedai terdiam dan merasa sangat malu kerana seakan meludah ke langit...... 


Sahabat.. 


Terkadang kita terlalu ''Mudah'' & ''Cepat'' menghakimi orang lain bersalah, padahal sumber masalah itu ada pada diri kita sendiri. Semoga kita semua keberkahi & di rahmati Allah..... 


Aamiin...

25 Ogos, 2021

PERJALANAN ILMU BERSAMA USTAZ IRWAN ZAHURI


    
    Ustaz Mohd Irwan Mohd Zahuri berasal dari Selangor adalah seorang Penceramah Bebas yang berdafatar di bawah Kelolan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semenjak tahun 2006 dan juga merupakan Mudir di Madrasah Arriyad yang bertapak di Subang Bestari, Shah Alam Selangor. 
 

Berbekalkan ilmu yang beliau pelajari hampir berbelas tahun, bermula Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan kemudian mengikuti pengajian Pondok / Madrasah di beberapa tempat di Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Johor dan Perak dan kemudian menyambung di Selatan Thailand dan Aceh, beliau telah banyak mencurahkam baktinya dengan menyampaikan ilmu di Surau, Masjid, Pejabat Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan banyak lagi. 


Beliau dahulu pernah terkenal dengan Gelaran Ustaz Irwan Fatihah, kerana beliau banyak mengajar dan memfokuskan berkenaan pembacaan yang betul dan tepat dalam solat lebih lebih lagi pembacaan Alfatihah. Selain itu, beliau juga banyak membantu anak-anak muda untuk mendalamai bahasa arab dan akhlak dengan madrasah yang beliau bangunkan bermula tahun 2015. 


Setelah 4 tahun menyepi dalam arena dakwah terbuka kerana sibuk menguruskan Madrasahnya, dengan kepakaran beliau yang mahir dalam ilmu Khusyuk solat dan ibadat, pada tahun ini beliau akan kembali untuk bertemu anda dalam program yang gilang gemilang yang mudahan dapat melahirkan lebih ramai lagi golongan yang khusyuk dalam solat. 


NAMA                                : MOHAMED IRWAN BIN MOHAMED ZAHURI 


ASAL                                  : KUALA LUMPUR


BERTUGAS                       : PENCERAMAH BEBAS 


STATUS                              : BERKAHWIN 


PEGANGAN                       : MAZHAB SYAFIE FIQIHNYA MATURIDIYAH TAUHIDNYA IMAM                                                   GHAZALI 


TASAUFNYA  AMALAN  : TARIQAH AHMADIYAH IDRISIYAH MURSYID 
                                              ARWAH TUAN GURU HAJI ALI SILIAU 


1997

SPM DI SEKOLAH MENENGAH SEAPORT KELANA JAYA
 

1997 – 1999

PONDOK TUAN GURU HAJI ALI RANTAU NEGERI SEMBILAN. PENGAJIAN KHUSUS BAHASA ARAB & NAHU SOROF 


1999 – 2001 

MADRASAH MIFTAHUL MUAARIF MUAR, JOHOR - TUAN GURU HAJI NAZARUDIN. LANJUTAN PENGAJIAN KHUSUS BAHASA ARAB & NAHU SOROF 2001 KOLEJ MADIWA , BAGAN SERAI PERAK 


2002 – 2006

MAAHAD DARUL A’BIDIN @ PONDOK BABA DAUD BIN HASAN, KG PUPO NARATHIWAT, THAILAND 2010 PENGAJIAN PERGI BALIK DI BUMI ACEH ( SAMALANGA ) 


2006 – 2016 BERTUGAS SEBAGAI PENCERAMAH BEBAS @ KHODAM BAGI MASYARAKAT 


2015 – 2016 MUDIR MADRASAH RIYAD ADDUAFA’ WAL MASAKIN

20 Mac, 2021

SOLAT DAH LAMA..




SOLAT dah lama.... tapi maseh tak rasa apa apa.. apatah lagi 'khusyuk' tak pernah rasa
.
Siapa yang salah ? Solat ke salah atau anda sendiri yang tak belajar ilmu SOLAT betul betul
.
.
Tak perlu salahkan orang lain, dan tak perlu sombong kepada diri sendiri. Anda sebenarnya boleh capai banyak kejayaan dalam hidup bila anda mula jaga SOLAT dan tingkatkan KUALITI Solat dengan ILMU & GURU yang betul
.
JOM belajar dari asas balik, agar anda jelas mana yang perlu di perbaiki
.
.
JOM daftar - https://ezy.la/NBS
.
.




02 Mac, 2009

assalamualaikum....
sudah lama rasanya menyepi diri...
entah kenapa hidup tidak sesekali ingin berhenti..
tapi apakan daya...tanggungjawab sebagai hamba ilahi perlu juga diterusi....

insyaAllah bermmula hari ini.....hambo akan berkongsi ilmu bagaimana utk mempertingkatkan harga diri...bagi duniawi...tidak bagi ukhrawi

hambo nak berkongsi ilmu tarik duit kepada tuan2.

jgn terkejut..

nantikan sirinya




01 Januari, 2009

طلع البدر علينامن ثنيا ت الوداع               وجب الشكر علينا  ما دعا لله داع

ايه المبعوث فينا  جئت بالأمر المطاع             جئت شرّفت المدينة  مرحباً يا خير داع

اشرق النور علينا وتجلى بالجمال                يغمر الكون ضياء وظلام اليل زال

بحيب الله طه المصطفى بدر الكمال            أنشد الكون سروراً مرحباً أزكى الرجال

جئت شرفت البرايا هاديا تمحو الضلال         مرحباً من كلّ قلب لك تتلى بالجلال

يا أجلّ الخلق قدراً  يا إمام المرسلين                  ياختام الأنبياء يا رحا المستضعفين

صلى يارب على من حلّ في خير البقاع         أسبل الستر علينا ما سعى لله ساع

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit


Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.